Tuesday, August 20, 2019

Kenapa Saya Lebih Suka Perlaburan Hartanah?

  1. Saya Dilahirkan didalam keluarga yang sederhana, Ibu Bapa saya adalah penjawat awam. Ibu Bapa saya adalah individu yang banyak mendidik saya berkaitan pentingnya mempunyai hartanah seperti (Rumah, Tanah, Dusun,dll..).
  2. Ibubapa saya adalah Pesara, mereka mampu mempunyai 2 buah rumah di Pulau Pinang, 1ekar tanah di Mengkuang Dam,Pulau Pinang dan 4ekar tanah Dusun buah-buahan di Sungai Tengas, Kedah. Mereka menyelesaikan kesemua hutang sebelum mereka bersara. Ibubapa saya bersara lebih dari 15tahun yang lalu, mereka sangat bijak dalam menguruskan kewangan, saya sendiri melihat bagaimana ibubapa saya mengawal perbelanjaan dan menyimpan untuk pendidikan anak2. Ibubapa saya lebih mementingkan keperluan hartanah berbanding kemewahan dari segi Gaya Hidup mewah seperti membeli-belah, melancong atau menukar kenderaan yang tidak bersesuaian dengan kemampuan.
  3. Didikan Ini membuatkan minat saya adalah kepada hartanah, semenjak kecil saya dididik dan dibawa ke Dusun dan tanah ayah saya, melihat kesungguhan ayah saya mengerjakan tanah, dan menjadikan Dusun tempat yang sangat selesa untuk kami seisi keluarga untuk beriadah dan menikmati hasil buah-buahan, ini memberi kepuasan didalam diri ayah saya.

No comments:

Post a Comment

Ride To Cameron Highland