Saturday, December 14, 2019

Sales and Purchase Done ✔️

Alhamdulillah 13.12.2019 selesai urusan S&P. Penutup 2019 yang success..achieved target before age 30 nk ada 2 properties dan alhamdulillah Both are Landed House.
Rezeki allah xpernah salah alamat, berkat usaha, kerja kuat, ikhtar, doa, sokongan isteri, akhirnya rumah kedua dah dalam tangan.
Ramai tanya mcm mana sebenarnya boleh beli 2biji rumah landed dalam masa 3tahun. Tips dia mudah sj, percaya pada diri, even gaji kita kecik biar impian kita besaq.. Tak banyak sikit pun allah akan bagi bila kita dah niat dan usaha yg terbaik.
Memang ramai yg tanya, tak susah ka nak bayaq 2biji rumah masa tengah muda nieh. Satu ja nak pesan, ukur baju badan sendiri. Aku beli rumah dua biji, tapi hutang aku masih belum 80% dari gaji aku.. Dan aku langsung tak kacau duit isteri aku. Kan duit Lelaki tue duit isteri, Duit isteri tue duit isteri.. Haha..
Money management tue yang penting, takda rahsia selain pengurusan kewangan yang baik dan ohsem dari mula.. Elakkan banyak berhutang, kad kredit, pinjaman peribadi, hutang2 remeh seperti TV, Peti Ais, Moto, Bil Telefon, Telefon Bayar Bulan janji Iphone 11,dll.. Sebenarnya bila dah ada target hartanah nieh, kita kena ketepikan semua benda2 kehendak nieh.. Aku bukannya langsung tak enjoy, aku holiday jgk setahun 3-4kali..tp budjet n kdg2 grand pun dari duit saving utk vacay, itu pun kena perancangan rapi baru vacation tak guna duit monthly salary kita. Kalau ada bussiness tepi atau side income lagi bagus, gaji hakiki+side income is better then duduk saja dan berangan tengok org makin hebat, kaya dan berjaya. But time for fmily is important dan jangan kerja sampai kau abaikan mereka, kerana keberkatan dlm hidop kita nieh adalah doa dan support dr org yg kita sayang. Kita berjaya bukan sorang2 tapi dengan keluarga tercinta, itu yang paling ohsem. 
Apa pun rezeki allah itu masing2, ya aku dah ada 2biji rumah, ada isteri, ada mak ayah, adik beradik, ada Career.
Actually rumah 1st aku sewakan dan keuntungan rumah tue la aku buat topup sikit duit rumah baru yg lebih besaq. Tapi aku stay kuarter sebab saving cost bila calculate kos perjalanan dan tol ke opis dr rumah yg aku beli.. Plus penat dan risiko kalau dok main jalan hari2 jauh ke tempat kerja.. Tak rugi tak untung..so aku stay kuarters, its cheaper then you get stress everyday bila nk p keja jauh..kenapa tak beli rumah dekat office? Haha sebab aku xmampu, area Georgetown Penang nieh even rumah flat pun dh around 200k,so aku decide rumah landed dekat Seberang Perai is better dan selesa kemudian hari. Guys Seberang Perai dah jadi bandaraya ye, so properties every part of Penang is sangat2 mahal dan berbaloi dimana pun hampa beli, janji alamat Pulau Pinang.
Rumah yg aku beli cuma sebagai weekend house. Untuk beristeri rehat time cuti atau bila keluarga nak mai dari KL or so on.. Kawan2 pun boleh datang lepak BBq n so on..
Tak rugi ada rumah walaupun xduduk pun.. Tapi jgn la semua rumah yg hampa beli xduduk, sewakan la, just left one for you best relax home. At least hg ada Harta then hdop hg dh complete.. Asset nieh bukan untuk masa sekarang, tapi utk future, untuk bini, anak2 dan keluarga.. Preparation better then nothing been prepared.. 😉 Assalamualaikum... 


Wednesday, August 28, 2019

ASAL NAIK KERETA JE MESTI TIDUR AWAK NI

Tidur sama serentak, sama 8 jam, sama sedar 16 jam, tapi kalau naik kereta, sekejap je mesti wife tertidur. Tak de pun nak teman husband drive ke apa.

Tuan-tuan, fikiran lelaki tak sama dengan fikiran perempuan.

Kita lelaki, tengah2 drive tu pun boleh jadi blank. Kosong. Tau2 je dah sampai destinasi.

Badan jadi auto pilot. Kalau boleh masuk kotak fikiran dalam tu, macam 1 dewan yang besar dan kosong.

Jerit hello pun boleh bergema-gema.

Fikiran perempuan lain.

Sebelum naik kereta, dia fikir suis seterika dah tutup ke belum? Seterika untuk baju. Baju kotor dah basuh ke belum. Nak basuh guna air. Paip air dah tutup ke belum. Bil air dan elektrik naik nanti.

Nak bayar bil kena pakai duit. Duit kena cari. Mana nak cari duit. Kalau tak ada duit, macam mana nak makan. Nak makan kena minum. Minum apa sedap? Bubble tea sedap kot. Nak bubble tea apa eh? Makan apa sedap dengan bubble tea?

Macam tu lah fikiran nya.

Non stop dan sering berkait, umpama wayar yang bercantum tapi terikat sana sini.

Tapi bila keadaan dia "terkepit" tak boleh buat apa duduk dalam kereta..

Waktu tu lah otak mula bagi signal untuk slow down. Rest.

Dengan sejuk aircond, gegar2 kereta mcm massage chair, tak boleh buat apa2 kecuali duduk..

Waktu tu lah yang sebenar2 nya wife sedang berehat. Memang tak fikir apa2.

Wayar2 tadi mula terpisah, keadaan jadi tenang.

Berapa jam sangat. Jangan lah dikacau dia berehat.

Kalau boleh bg kusyen, bantal biar dia peluk. Nanti dah sampai destinasi, otak dia kembali bekerja.

Apalah sangat drive sorang2 tu. Nanti dah bangun dia juga yang fikirkan makan minum kita, hal urusan kita.

Waktu dia tidur la kita bantai lagu2 Metallica, A7X, Trivium yang keras tu, tapi volume slow lah.

Tapi jangan salah sangka, walaupun diaorg tidur, sensor vibration dia tetap on.

Ko tekan sikit 120km/j, nanti akan kedengaran suara sayu2.. 

"Ayaangggggggg, slow skit ayangggg, bahaya laju2"

Macam tau2 pulak dah lebih had laju 110km/j mamai2 pun.. 

🤣🤣
❤️

Monday, August 26, 2019

Progress Rumah 1 1/2 Storey Terrace di Bertam

Ini ada sikit view semasa pembinaan rumah Teres 1 1/2 tingkat di Bertam (Taman Menerong Indah) yang aku beli. Bukan nak menunjuk, tapi nak bg semangat pada diri sendiri untuk terus commited nak kumpul aset dan istiqomah. Tujuan, usaha & tawakkal itu ibadah dunia. 










Ride To Cameron Highland