Friday, August 9, 2019

Mawardi / Ilmu Hartanah

Cara Membeli Rumah Dengan Pinjaman LPPSA

  • Cara beli rumah dengan pinjaman perumahan kerajaaan atau loan lppsa memang selalu ditanya oleh kakitangan sektor awam. Tidak dinafikan banyak kelebihan bagi pinjaman LPPSA ini berbanding dengan pakej yang ditawarkan bank.


  • Yang paling menarik, LPPSA menawarkan interest 4% dan margin loan 100%. Berbanding dengan bank, interest yang ditawarkan antara 4.2% – 4.5% bergantung pada scoring peminjam. Margin loan bank pula 90%, lagi 10% kena tambah guna duit poket sendiri.


  • Sebelum ini pinjaman perumahan ini diuruskan oleh Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP). Bermula tahun 2016 BPP telah dinaiktaraf ke Lembaga Pinjaman Perumahan Sektor Awam (LPPSA).


  • Di bawah adalah cara beli rumah dengan menggunakan pinjaman perumahan kerajaan:


Kelayakan Pinjaman

Perkara paling penting ialah menyemak kelayakan maksimum bagi jumlah pinjaman yang dibenarkan. Jumlah pinjaman ini ditentukan oleh gred jawatan semasa anda. Nak selamat berhubung dengan LPPSA.


Harga Pasaran Rumah

Perkara ini amat saya tekankan kepada semua kakitangan awam. Sebab masalah timbul apabila rumah yang anda beli itu lebih tinggi dari harga pasaran. Sekiranya ini berlaku maka anda perlu menggunakan duit poket sendiri bagi membayar lebihan yang tidak dapat dibiayai oleh pinjaman anda. Semakan harga pasaran boleh dibuat di pejabat Jabatan Penilai dan Perkhidmatan Harta (JPPH) di satu-satu daerah.


Contoh di daerah Hulu Langat, pejabat JPPH di PKNS Bangi. Dapatkan info rumah seperti jenis rumah, alamat penuh, luas tanah, luas bangunan dan detail renovation. Lagi bagus sekiranya ambil gambar sekali.


Booking atau Earnest Deposit

Pembayaran earnest deposit atau booking juga perlu dibuat dengan berhati-hati. Sekiranya anda berurusan dengan ejen hartanah berdaftar, pastikan banker cheque atau bayaran dibuat atas nama agensi hartanah.


Sekiranya pembelian terus dengan pemilik rumah, anda boleh buat bayaran earnest deposit. Pastikan ada surat pembayaran di mana anda dan pemilik rumah tandatangan surat tu. Nak lebih selamat buat bayaran booking melalui peguam anda.


Lantik Peguam Hartanah

Seterusnya anda perlu lantik peguam hartanah bagi menyediakan surat perjanjian jual beli atau sales purchase agreement (SPA) dan surat perjanjian pinjaman atau loan agreement. Selepas SPA ditandatangani oleh anda dan penjual, baru anda boleh buat permohonan online di website LPPSA.


Bermula 1 Julai 2018 hanya Panel Peguam Berdaftar LPPSA sahaja yang boleh menguruskan perjanjian pembiayaan LPPSA (loan agreement). Oleh itu pastikan anda melantik peguam yang benar-benar berminat menguruskan kes anda.


Kos Pembelian Rumah

Apabila anda menggunakan pinjaman perumahan kerajaan, anda perlu sediakan duit poket sendiri bagi kos :


Peguam untuk surat perjanjian jual beli (SPA).

Peguam untuk surat perjanjian pinjaman perumahan (loan agreement).

Duti setem pindah milik (MOT).

Nanti ada kos-kos tambahan atau disbursement bergantung kepada sesuatu hartanah. Oleh itu saya cadangkan anda dapatkan quotation atau sebut harga daripada peguam berdaftar LPPSA.


Sekadar itu dulu untuk tulisan saya berkenaan Cara Beli Rumah Dengan Pinjaman Perumahan Kerajaan LPPSA.


Semoga tulisan ini bermanfaat.


Pertanyaan atau komen boleh dibuat di ruang komen di bawah.

No comments:

Post a Comment

Ride To Cameron Highland