Wednesday, August 28, 2019

ASAL NAIK KERETA JE MESTI TIDUR AWAK NI

Tidur sama serentak, sama 8 jam, sama sedar 16 jam, tapi kalau naik kereta, sekejap je mesti wife tertidur. Tak de pun nak teman husband drive ke apa.

Tuan-tuan, fikiran lelaki tak sama dengan fikiran perempuan.

Kita lelaki, tengah2 drive tu pun boleh jadi blank. Kosong. Tau2 je dah sampai destinasi.

Badan jadi auto pilot. Kalau boleh masuk kotak fikiran dalam tu, macam 1 dewan yang besar dan kosong.

Jerit hello pun boleh bergema-gema.

Fikiran perempuan lain.

Sebelum naik kereta, dia fikir suis seterika dah tutup ke belum? Seterika untuk baju. Baju kotor dah basuh ke belum. Nak basuh guna air. Paip air dah tutup ke belum. Bil air dan elektrik naik nanti.

Nak bayar bil kena pakai duit. Duit kena cari. Mana nak cari duit. Kalau tak ada duit, macam mana nak makan. Nak makan kena minum. Minum apa sedap? Bubble tea sedap kot. Nak bubble tea apa eh? Makan apa sedap dengan bubble tea?

Macam tu lah fikiran nya.

Non stop dan sering berkait, umpama wayar yang bercantum tapi terikat sana sini.

Tapi bila keadaan dia "terkepit" tak boleh buat apa duduk dalam kereta..

Waktu tu lah otak mula bagi signal untuk slow down. Rest.

Dengan sejuk aircond, gegar2 kereta mcm massage chair, tak boleh buat apa2 kecuali duduk..

Waktu tu lah yang sebenar2 nya wife sedang berehat. Memang tak fikir apa2.

Wayar2 tadi mula terpisah, keadaan jadi tenang.

Berapa jam sangat. Jangan lah dikacau dia berehat.

Kalau boleh bg kusyen, bantal biar dia peluk. Nanti dah sampai destinasi, otak dia kembali bekerja.

Apalah sangat drive sorang2 tu. Nanti dah bangun dia juga yang fikirkan makan minum kita, hal urusan kita.

Waktu dia tidur la kita bantai lagu2 Metallica, A7X, Trivium yang keras tu, tapi volume slow lah.

Tapi jangan salah sangka, walaupun diaorg tidur, sensor vibration dia tetap on.

Ko tekan sikit 120km/j, nanti akan kedengaran suara sayu2.. 

"Ayaangggggggg, slow skit ayangggg, bahaya laju2"

Macam tau2 pulak dah lebih had laju 110km/j mamai2 pun.. 

🤣🤣
❤️

Monday, August 26, 2019

Progress Rumah 1 1/2 Storey Terrace di Bertam

Ini ada sikit view semasa pembinaan rumah Teres 1 1/2 tingkat di Bertam (Taman Menerong Indah) yang aku beli. Bukan nak menunjuk, tapi nak bg semangat pada diri sendiri untuk terus commited nak kumpul aset dan istiqomah. Tujuan, usaha & tawakkal itu ibadah dunia. 










Friday, August 23, 2019

Tuesday, August 20, 2019

Kenapa Saya Lebih Suka Perlaburan Hartanah?

  1. Saya Dilahirkan didalam keluarga yang sederhana, Ibu Bapa saya adalah penjawat awam. Ibu Bapa saya adalah individu yang banyak mendidik saya berkaitan pentingnya mempunyai hartanah seperti (Rumah, Tanah, Dusun,dll..).
  2. Ibubapa saya adalah Pesara, mereka mampu mempunyai 2 buah rumah di Pulau Pinang, 1ekar tanah di Mengkuang Dam,Pulau Pinang dan 4ekar tanah Dusun buah-buahan di Sungai Tengas, Kedah. Mereka menyelesaikan kesemua hutang sebelum mereka bersara. Ibubapa saya bersara lebih dari 15tahun yang lalu, mereka sangat bijak dalam menguruskan kewangan, saya sendiri melihat bagaimana ibubapa saya mengawal perbelanjaan dan menyimpan untuk pendidikan anak2. Ibubapa saya lebih mementingkan keperluan hartanah berbanding kemewahan dari segi Gaya Hidup mewah seperti membeli-belah, melancong atau menukar kenderaan yang tidak bersesuaian dengan kemampuan.
  3. Didikan Ini membuatkan minat saya adalah kepada hartanah, semenjak kecil saya dididik dan dibawa ke Dusun dan tanah ayah saya, melihat kesungguhan ayah saya mengerjakan tanah, dan menjadikan Dusun tempat yang sangat selesa untuk kami seisi keluarga untuk beriadah dan menikmati hasil buah-buahan, ini memberi kepuasan didalam diri ayah saya.

Saturday, August 17, 2019

Never give up 
on what you are really want to do. The person with big dream is more powerfull than the one with all the facts. 
2nd House

1st House

Friday, August 16, 2019

(Booking, Pilih Lot & Sign Lawyer Agreement)

PART 2
(Booking, pilih Lot & sign lawyer agreement)

 So nieh gambar masa saya ke pejabat developer untuk booking, pilih Lot Rumah & sign lawyer agreement. Alhamdulillah Selesai satu bab, wakil developer kata loan LPPSA takda masalah sebab dah ramai depa urus orang beli rumah guna LPPSA, means depa dah expert dan Lawyer dy juga adalah Stakeholder depa, so xda masalah. Kelayakan pun dah check so terus proceed.

Booking fee adalah RM2000, Duit nieh akan masuk sekali dalam rumah atau tolak duit MOT yang perlu saya bayar dalam 4ribu, so tinggal 2ribu lagi ballance MOT yang perlu saya bayar masa sign S&P nanti.

Lawyer Agreeement untuk siapkan S&P

Sat saja dah nak penuh Fasa 2, Kalau lambat sikit melepas la aku. Alhamdulillah rezeki allah. LOT.21 aku pilih, Sebelah corner. Member aku Zul Lot.31, Bang pulak Lot.51. Aku takbagi depa beli dekat dengan aku, satg tak jadi keja. Ada ka kawan2 duduk dekat2 dari kecik sampai besaq.. hahaha

Wednesday, August 14, 2019

Nieh ada gambar showroom rumah Teres 1 1/2 Storey yang saya proceed untuk beli.
(Road to Second House) 













(SURVEY & SITE VISIT)

PART 1
(View Showroom)

*Survey Developer & semua kebarangkalian utk mengelak menyesal kemudian hari, beli rumah xboleh gelojoh ye tuan2😉✌️

Nieh video masa 1st view rumah dekat Bertam nieh, nak beli rumah kedua dah lama, Survey banyak tempat dah, tapi belum jumpa yang berkenan dan yang mampu, ha susah nak jumpa yg match cantik + mampu

Akhirnya survey punya survey, terjumpa projek nieh.. Walaupun dah habis sold out.. Tapi Fasa 2 otw..dan ofcoz bila fasa 2 dah jalan depa akan improve apa kekurangan atau complaint yg owner fasa 1 lodge, so depa akan buat rumah better and better.. 

Sebenarnya tak sangka masih ada projek yg harga dy below dr expectation kami, murah guys, sebab kami dh plan rumah kedua mesti yang mampu kami afford monthly dan just topup sikit ja guna duit extra sewa rumah 1st house kami..survey punya survey ada Projek Fasa 2 rumah teres 1 & 1/2 storey nieh..

Yes Terrace 1 and a half storey terrace.. Nice rite..dan harga dy ya allah xsangka mcm yang kami harapkan..below 300k..harga dia 2++k..satu setengah tingkat  okies...terkejut jugak, Sebab kami tahu sekarang single storey area bertam nieh paling murah pun 318k projek baru dekat bertam perdana 5..how can this project murah.. Rupanya sebab developer nieh baru nk buat nama di bertam, baru nk build trusted and marketing la cite dia..Fasa Satu Sold out dah oke.. Xsempat tahu dan xda iklan apa pun.. Murah, sebab tue habis sat ja.. CCC pun dah dpt utk fasa 1..

So lepas dah discuss punya discuss laki bini, then kira kelayakan loan dengan LPPSA (next post nanti saya up pasal mcm mana nak check kelayakan maksimum dan Ansuran bulanan), kira kemampuan Ansuran Bulanan, segala commitment, kami afford untuk beli second house nieh. Aku terus booking Lot dan Sign Lawyer Agreement semua utk S&P.. S&P and Lawyer Fee semua free.. Aku cuma bayar MOT dalam 4k sebab nieh second house, kalau 1st house waive.. Aku dh waive mot  utk 1st house aku dulu.. 

Part paling best tau apa? Aku siap introduce 2 orang kawan aku untuk beli sebab depa memang tengah cari rumah dan selalu tanya aku pasal rumah.. Aku call ja bagitau pasal project nieh, depa pi view dan on the spot both of them terus bayar booking sebab puas hati dengan rumah nieh then dah research pasai developer nieh, nak risau apa Fasa 1 pun dah siap dan dah dpt ccc.. Kawan aku Zul tue keja as SHO (Safety Health Office), dia tengok project nieh dia terus kata depa memang ikut spect dan tak tipu develop project nieh, sebab tue dia pun terus booking Teres 1 1/2 macam aku sebab dia takut melepas project Fasa 2 nieh..tak dpt dah la harga macam nieh dekat penang. 

Member aku Bang pulak (kami semua panggil dy Bang sebab muka dy mcm Bangla😅), dia pulak dengan wife dia booking 1 1/2 semi-D terus.. Depa sebenarnya dah p view project nieh sebelum aku lagi, tapi masih tengah bincang. Tau-tau ja aku dengan zul dah booking lot terus dy ajak bini dy p booking, Semi-D terus depa booking, dua-dua doktor apa ada hal.. Semi-D pun still murah sebab 368k saja.. Tanah luas ouh.. Aku xmampu la sebab over bujet, dapat intermediate pun dah best dah.. 

Nanti aku upload lagi process aku beli rumah nieh selepas aku upload video p view nieh.. 



Suruh wife Pose dulu atas jalan lepas dah view Showroom😂, orang cakap pastikan gambar apa yg kita impikan dan org yg kita sayang sentiasa kita simpan dan tengok, hari2 tengok wife kan dpt pahala, apa lagi kalau kita bahagiakan dia sediakan tmpt berteduh yang selesa untuk dia, lagi besaq pahala si suami dapat...😉

Friday, August 9, 2019

Mawardi / Ilmu Hartanah

Cara Membeli Rumah Dengan Pinjaman LPPSA

  • Cara beli rumah dengan pinjaman perumahan kerajaaan atau loan lppsa memang selalu ditanya oleh kakitangan sektor awam. Tidak dinafikan banyak kelebihan bagi pinjaman LPPSA ini berbanding dengan pakej yang ditawarkan bank.


  • Yang paling menarik, LPPSA menawarkan interest 4% dan margin loan 100%. Berbanding dengan bank, interest yang ditawarkan antara 4.2% – 4.5% bergantung pada scoring peminjam. Margin loan bank pula 90%, lagi 10% kena tambah guna duit poket sendiri.


  • Sebelum ini pinjaman perumahan ini diuruskan oleh Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP). Bermula tahun 2016 BPP telah dinaiktaraf ke Lembaga Pinjaman Perumahan Sektor Awam (LPPSA).


  • Di bawah adalah cara beli rumah dengan menggunakan pinjaman perumahan kerajaan:


Kelayakan Pinjaman

Perkara paling penting ialah menyemak kelayakan maksimum bagi jumlah pinjaman yang dibenarkan. Jumlah pinjaman ini ditentukan oleh gred jawatan semasa anda. Nak selamat berhubung dengan LPPSA.


Harga Pasaran Rumah

Perkara ini amat saya tekankan kepada semua kakitangan awam. Sebab masalah timbul apabila rumah yang anda beli itu lebih tinggi dari harga pasaran. Sekiranya ini berlaku maka anda perlu menggunakan duit poket sendiri bagi membayar lebihan yang tidak dapat dibiayai oleh pinjaman anda. Semakan harga pasaran boleh dibuat di pejabat Jabatan Penilai dan Perkhidmatan Harta (JPPH) di satu-satu daerah.


Contoh di daerah Hulu Langat, pejabat JPPH di PKNS Bangi. Dapatkan info rumah seperti jenis rumah, alamat penuh, luas tanah, luas bangunan dan detail renovation. Lagi bagus sekiranya ambil gambar sekali.


Booking atau Earnest Deposit

Pembayaran earnest deposit atau booking juga perlu dibuat dengan berhati-hati. Sekiranya anda berurusan dengan ejen hartanah berdaftar, pastikan banker cheque atau bayaran dibuat atas nama agensi hartanah.


Sekiranya pembelian terus dengan pemilik rumah, anda boleh buat bayaran earnest deposit. Pastikan ada surat pembayaran di mana anda dan pemilik rumah tandatangan surat tu. Nak lebih selamat buat bayaran booking melalui peguam anda.


Lantik Peguam Hartanah

Seterusnya anda perlu lantik peguam hartanah bagi menyediakan surat perjanjian jual beli atau sales purchase agreement (SPA) dan surat perjanjian pinjaman atau loan agreement. Selepas SPA ditandatangani oleh anda dan penjual, baru anda boleh buat permohonan online di website LPPSA.


Bermula 1 Julai 2018 hanya Panel Peguam Berdaftar LPPSA sahaja yang boleh menguruskan perjanjian pembiayaan LPPSA (loan agreement). Oleh itu pastikan anda melantik peguam yang benar-benar berminat menguruskan kes anda.


Kos Pembelian Rumah

Apabila anda menggunakan pinjaman perumahan kerajaan, anda perlu sediakan duit poket sendiri bagi kos :


Peguam untuk surat perjanjian jual beli (SPA).

Peguam untuk surat perjanjian pinjaman perumahan (loan agreement).

Duti setem pindah milik (MOT).

Nanti ada kos-kos tambahan atau disbursement bergantung kepada sesuatu hartanah. Oleh itu saya cadangkan anda dapatkan quotation atau sebut harga daripada peguam berdaftar LPPSA.


Sekadar itu dulu untuk tulisan saya berkenaan Cara Beli Rumah Dengan Pinjaman Perumahan Kerajaan LPPSA.


Semoga tulisan ini bermanfaat.


Pertanyaan atau komen boleh dibuat di ruang komen di bawah.

Ride To Cameron Highland